Tuesday 11 June 2013

Value

Bismillah.

Macam mana kao value friendship? 
Bagi haku, friendship is about you being yourself and accepting others just the way they are.

Random.

Friendship ada nilai yang sangat besar dalam hidup haku.
Kadang-kadang terasa macam haku lagi sayang kawan-kawan haku berbanding famili haku,
sebab kawan-kawan haku selalu ada untuk haku dan selalu buat haku ketawa berdekah-dekah.
Patutnya, famili adalah orang yang tak pernah tinggalkan kita, kan?
Tapi dalam kondisi haku, terbalik pulak.
Famili haku pegang pada prinsip, "Ada aku kesah? Hal ko, hal kolah! Hal aku, hal akulah!"

Sadis.

Bak kata Hlovate dalam buku dia, Rooftop Rant,

There're times when strangers are like family and family are like strangers. 
Reality bites and truth hurts.

... dan sememangnya ni yang haku rasa sekarang. Famili yang sepatutnya ada nilai yang lebih tinggi daripada friendship dalam hidup kita dah berpaling arah dari kita sendiri. Sapa tak kecewa beb! Haku sayang famili haku, tapi diorang sayang ke tak dengan haku, haku sendiri ragu. Sebab... hal haku pun diorang tak pernah nak amik tau. Bila depa happy, depa happy sesama depa ja! Ada depa nak ajak haku tumpang sekaki, selengan, sebadan? Takdak! Kecewa gua beb!

Tulah nak katanya kat sini yang sadly to say, nilai mereka dalam hidup haku sudah semakin pudar sepudar rasa sayang haku kat diorang.

Dan pulak sekarang haku tengah dalam krisis dengan kawan haku, pun sama jugak. Value dalam friendship kitorang tiba-tiba pudar sama. Apa nak jadi dengan dunia! Mana pergi nilai kasih sayang sesama manusia???

Betullah. Tuhan lebih mengerti. Manusia hanya tahu memungkiri janji.
Kat rumah haku sunyi. Kat luar haku lagi sunyi.
Naseb baeklah masih ada DIA yang menemani. Kalau tak, haku tak nampak hala tuju hidup haku ke mana lepas ni.

Mohon doa supaya haku terus bertabah.
Peace yo!

Hujan




Bismillah.

Hujan rintik-rintik. Air bergelora. Emak kasi duit. Adik pergi sekolah. Tiga campur tiga, jawapannya enam. Cikgu tandakan right. Adik balik ke rumah.

Lagu ni femes kan masa zaman kita kanak-kana ribena dulu? Haku suka nyanyi lagu dengan kawan-kawan masa sekolah dulu. Kalau cekgu yang ngajar kat depan tu boring gile, haa... lagu nilah haku nyanyi sambil melukis muka orang ikot lagu tu. Walaweyh! Haku rindu zaman kanak-kanak haku.

Sekarang, hujan sedang membasahi bumi. Tak tertahan sang awan dek kandungan yang semakin sarat. 
Tenang gile! Rasa macam nak sambung tido je! 
Orang kata, berdoa masa hujan turun mustajab. Kao dah berdoa? Kalau belom, jom ikut haku berdoa.

Allahumma soyyiban naafi'an. Aamiin.

Harap hujan yang turun ni hujan yang bawak seribu keberkatan di dalamnya.
Bila hujan turun gerimis macam ni, tiba-tiba teringat kat orang lama.

"Arrghhhh! Sudahlah Tanda Tanya! Sampai bila kao nak dok putar kisah lama tu. Semua dah berlalu! Dia pun dah nak kawen dah!" hati haku seolah-olah meronta-ronta meminta haku melupakan segala-galanya. Sadis tol! Memang dah lupa tapi selagi ingatan sehat, akan teringat jugak. Salah haku, ke?

Kao pun mesti ada kisah silam sendiri, kan? Setiap orang ada kisah silam masing-masing. Tapi kena bajet-bajetlah bila terkenangkan perkara yang dah berlalu tu. Kalau teringat-teringat, jangan sampai selera lari. Sampai kebulur, rosak diri sendiri pulak. Anggap jelah semua yang terjadi adalah dengan kuasa DIA, Tuhan seluruh alam. Takdir DIA. DIA maha tahu apa yang terbaik untuk semua hamba-Nya. Kita ni pulak nak duduk meratap benda-benda sedeyh tu buat apa? Yang penting kita enjoy life kita dengan nilai-nilai Islam yang baik. Lagi deabak! 

Masa air hujan turun, sambil menari-nari di udara sebelum mencecah ke lantai bumi nilah, kita kena banyakkan berdoa. Mintak kat DIA mohon keberkatan hidup. Tanpa DIA, kita dah lama pupus.

Alhamdulillah (beberapa kali yang kao suka)

Jom berzikir!
Peace yo!

Monday 10 June 2013

Hampeh

Bismillah.

Hampeh tol! Memang sangat hampeh!
Punya haku semangat nak datang sekolah hari ni sebab semangat nak dapat kerja baru, tetiba...
big boss mesej cakap,

Hari ni saya mc. Jadi, tak dapat jumpa hari ni. Tarikh perjumpaan akan diberitahu kemudian. Terima kasih.

Aduihlah big boss, kenapalah time time cek tengah semangatnilah hang nak mc pulak... tensyen gua!

Tapi takpelah. Perancangan manusia memang selalu macam tu. Tu menunjukkan Tuhan nak suruh haku dok rumah, kemas-kemas rumah yang bersepah neh. Beselah. Haku ni kan anak teruna pingitan. Bila lagi nak jadi suri rumah? Buweekkkk.

Tapi, mood hari ni sangat malas nak kemas rumah. So, haku hold dulu. Tak seronok kemas rumah sorang-sorang. Tunggu weekend. At least, boleh kemas rumah dengan mak. Ada jugak geng.

Kao dah makan? Haku lapar giler ni. Nak makan sat. Satgi haku sambung menconteng lagi.
Peace yo!

Tangis

Bismillah.

Tangis.
Air mata tumpah setelah hati sering diusik gembira.
Hari ni, hari untuk berduka.
Dan sememangnya sepanjang hari ni hati diulit rasa duka.
Bunyi macam jiwang karat,
tapi memang pun. Tahap kejiwangan haku dah melampau
dan memang dah sampai berkarat pun.

Kao stengah sedeyh ke gembira?
Kalau tengah gembira, haku tumpang gembira untuk kao.
Tapi kalau kao tengah sedeyh,
nak join menangis dengan haku?

Jom! Menangis sambil layan alunan piano gemersik kalbu...



Cuti

Bismillah.

Alhamdulillah, sudah selamat sampai ke 'tanah air' terchenta dan kini sedang berada di teratak nan indah.
Balik-balik je, dah cari pasal dengan adik dan mak. Inilah kehidupan haku. Eh, silap. Dioranglah kehidupan haku. Bersama diorang, haku jadi lebih hidup. Haku yang sememangnya pendiam boleh jadi banyak bercakap bila bersama diorang.

Mak dan adik haku-rakan gadoh haku di rumah dan di mana-mana saja.

Bila pulang ke 'tanah air,' rasa macam takde apa yang berubah kecuali satu. Sunyi. Teratak terasa makin sunyi pulak. Bila sorang, sorang keluar dari teratak, apa je yang tinggal? Hanyalah cebisan-cebisan kenangan. Kadang-kadang terbayang-bayang jugak bayangan-bayangan orang-orang yang telah 'pergi' tu dan suara diorang masih terngiang-ngiang kot kat telinga ni. Gelak tawa diorang, fuhh! Masih segar dalam ingatan. Memori-memori bersama diorang memang takkan pernah luput dari ingatan. Cuma, bila teringat perubahan masing-masing, haku jadi semakin tawar hati untuk menerima diorang dalam hidup haku. Entahlah.

Hari ni, haku emo sikit. Sebab banyak hal. Sebab orang-orang yang poyo dan sebab kenangan silam.

Kao pernah tak rasa yang macam mana haku rasa? Ke haku sorang je yang rasa? Takdelah. Kalau kao rasa, sekurang-kurangnya haku adalah jugak teman untuk berkongsi rasa.

Dalam hidup haku, haku sangat tak boleh terima kawan sendiri sampai tak nak jumpa haku hanya disebabkan dia ada masalah dengan orang lain. Kecewa seyh! Sedih lagi upset, dan bengang dan sebagainyalah! Hanya sebab dia ada masalah dengan orang lain, sampai dengan haku-haku sekali dia nak tunjukkan emosi dia. Haku takdelah sampai benci dekat dia, cuma haku terasa. Terasa sangat! Sedih sampai menangis-nangis haku sebab kawan baik sendiri buat haku macam tu. Haiii.... hampeh betul hidup ni, kan? Tapi tulah. Suka atau tak, nak tak nak, itulah hakikat yang haku harus telan sampai ke dalam usus tapi entah dapat hadam ke tak.

Dahlah! Haku tak nak cite pasal ni lagi. Haku cuba untuk bersangka baik jelah. Dengan kawan sendiri, beb! Haku ni dahlah jenis tak reti berdendam dengan orang dan tak reti nak benci orang lama-lama. Ini kelebihan, tapi kadang-kadang boleh jadi kelemahan jugak sebab orang senang amik kesempatan. Tapi, lantaklah. Yang penting, Tuhan haku dan mak haku lebih kenal Tanda Tanya ni macam mana orangnya. Apa orang lain nak pikir, ada haku kesah???

Cuti ni, buat masa sekarang aktiviti haku hanya meronggeng-ronggeng. Nak rehat cukup-cukup. Penat studi. Balik rumah je, rasa macam nak pengsan tengok bilik sendiri. Macam ni rupanya bilik anak bujang! Bersepah gile! Selagi tak kahwin, macam nilah agaknya bilik haku. Dah kahwin, dah tak perlu risau dah. At least, ada jugak orang yang boleh tolong kemas-kemaskan tapi haku pun tolong sekalilah. Taknaklah orang yang kita sayang penat sorang-sorang. Haku ni ada hati perut lagi tau.

Tapi, meronggeng, meronggeng jugak. Untuk tak membuang masa, haku cari jugaklah keje. Sekurang-kurangnya dapat tolong kurangkan beban mak haku nak kena cari nafkhah  untu keluarga. Dan alhamdulillah, nak kata baiknya Tuhan tu, Dia dah bagi haku keje. Keje bese-bese je. Keje dekat sekolah sendiri. Esok nak pergi jumpa big boss untuk bincang tentang kerja dan soal gaji. Kalau gaji dia up sampai RM 1000++, haku terima. Kalau tak, terima kaseh jelah! Haku pun, nak cari rezeki dan rasanya bila kita ada ijazah, kita ada hak untuk mintak gaji kita diupkan. Bukan tamak haloba, tapi dah jadi satu keperluan sebab haku masih ada adik-adik yang belajar dan diorang pun perlukan duit untuk sambung belajar. Nak harapkan biasiswa, belum tentu dapat. Nak harapkan PTPTN, haram! Nanti nak bayar, terseksa. Seboleh-bolehnya tak nak adik-adik pun terpaksa berhutang untuk menambah ilmu di dada.

Haku harap, esok nanti, semuanya berjalan dengan lancar.
Kao pun doakanlah! By the way, apa cite kao hari ni? Harap semuanya baik-baik saja.
Kalau ada masalah, jangan risau! TUAN kaunselor available 24 jam sehari. DIA tak pernah tido pun. Kao mengadu jelah dekat DIA. DIA Maha Mendengar.

Ok. Tu je contengan untuk hari ni.
Peace yo!

Sunday 9 June 2013

Lebih baik



Lebih baik begini kan?

Terasing

Salam.

Haku baru habis exam. Semalam lagi dah habis dah. Alhamdulillah. Lega buat sementara waktu sebab beban studi dah terlepas dari bahu. Studi bermaksud studi secara formal. Pergi kelas, buat assignment, presentation bagai. Semua dah takde sekarang! Tapi... menuntut ilmu tetap wajib. Haku sedar tu. Even sampai kita mati pun, kita akan tetap galas tanggung jawab sebagai si penuntut ilmu. Ilmu Tuhan ni terlalu banyak kat dunia ni. Outnumbered. Jadi, takde alasan untuk tak mencari dan menuntutnya.

Tanda Tanya sedar akan hal ni!

Dan sekarang ni, haku sepatutnya tak berada di sini. Di bilik asrama haku yang indah permai ni (sarkastik). Haku sepatutnya berada dalam satu program. Tapi haku decide untuk tak pergi. Kenapa? Sebab takde mood mungkin dan jugak sebab haku masih lagi rasa terasing dalam kalangan 'mereka' (ini yang sebenarnya). Walaupun kitorang ni dalam satu kelompok yang sama, tapi haku bukan haku bila bersama dengan diorang. Haku jadi orang lain terus! Culture shock beb, untuk beberapa ketika!).

So, it's better for me to stay here rather than being with them dekat sana. Hidup ni ada ada banyak pilihan dan walau macam mana susah pun kita memang tetap kena buat pilihan. Dan untuk memilih yang terbaik, perlu ada keazaman. Haku pun tak tahu apa yang haku merepek ni... tapi kalau nak dikaitkan dengan apa yang haku dok ceghite ni, itulah basically pilihan yang haku buat. Haku memilih untuk tak bersama 'mereka' buat sementara waktu. Haku perlu menyendiri. Di sini.

Tak salah, kan? Harapnya taklah. Haku harap Tuhan redha dengan pilihan haku ni.

Haku ada satu soalan untuk kao. Kao jangan risaulah. For the time being, just one question to be asked. Pernah tak dalam hidup kao, kao rasa sunyi yang amat? Alienated? Isolated maybe? Hmm... haku selalu rasa macam tu. Sejak dulu lagi. Sejak haku kecik. Rasa terasing.

Dulu, haku ni budak timid. Haku ada dunia haku sendiri. Haku tak kisah tentang orang lain. Malas nak amik tahu sebenarnya. Bila orang tanya, 'tak tahu' adalah jawapan A+ haku. Haku ni memang ibarat 'katak di bawah tempurung.' Apa yang jadi di sekeliling haku, haku pun tak amik peduli. Even so, benda yang jadi depan mata pun haku boleh tak perasan. Noob tak haku?

Mak haku sibuk keje sana sini. Ayah haku pun 2X6 jugak. Haku ada ramai adik-beradik tapi kitorang sume tak kamceng. Masing-masing buat hal sendiri. Cuma arwah tok dan 'kembar' haku peneman setia, suka dan duka. Tapi masih jugak haku rasa terasing. Dekat rumah, memang ada teman main, tapi kalau kat sekolah, tak ramai orang nak duduk dekat dengan haku. Mungkin (lagi) haku ni busuk kot. I was a very quiet person back then dan haku tak salahkan sesiapa untuk tak menegur haku sebab diorang ada alasan terbaik, 'muka-haku-yang-masam-tanpa-secalit-senyuman-pun' nilah yang membuatkan haku tak punya ramai kawan, apatah lagi sahabat kat sekolah. Kesian haku, kan? Alah.... haku tak heran kalau kao tak kesian.

Tapi bertahun-tahun berlalu, walaupun haku dah berubah, jadi banyak cakap, tapi haku masih lagi rasa sunyi. Masih lagi rasa terasing dengan dunia yang haku hidup di dalamnya ni. Dan lebih terasing dalam 'dunia itu.' Yang haku perasanlah, dari satu sisi haku dengan diorang sama tapi dari satu sisi yang lain, kitorang ni bagai langit dan bumi yang mana kadang-kadang buat haku susah betul nak ngam dengan orang-orang macam tu. Adakah sebab ego haku? Haku tak rasa ego adalah penyebabnya. Mungkin, haku sedar yang dunia haku dan dunia diorang memang berbeza. Entahlah. Haku buntu weyh! Tolong haku!

Tak kira haku meraung, menjerit, merayu macam mana sekalipun, kao tetap takkan mampu buat apa-apa sebab puncanya hanya haku yang tahu dan mungkin haku je yang tahu macam mana nak cari resolusi untuk masalah haku ni. Tapi... lama-kelamaan haku macam makin sedar sesuatu. Punca kenap haku rasa terasing sangat selama ni. Puncanya... haku jauh dari Tuhan. Pernah tak kao rasa yang kao jauh sangat dari Tuhan? Haku rasa tapi sejak haku bergelar remaja pertengahan. Yup! That's it! Bila jauh dari Tuhan, tak kiralah walau beribu kawan kita ada, kita tetap akan rasa sunyi dan terus rasa terasing.

Sedihnya. Jauh dari Tuhan adalah perkara yang paling haku tak nak sekali tapi nikmat dunia buat haku lupa segala-galanya yang haku punya.

Haku tak nak terus jadi macam ni weyh! Haku nak berubah! Setiap saat, setiap minit kalau Tuhan masih beri peluang, haku nak guna peluang tu sebaik mungkin untuk melakukan perubahan dalam diri haku. Tapi untuk berubah, kadang-kadang memakan masa sampai berbulan-bulan, even bertahun-tahun! Ingat senang ke nak reverse? 

Tapi harapnya dengan perubahan yang haku buat ni boleh bawa haku keluar dari dunia terasing haku ni. Haku harap, kao pun sama jugak. Cara kao mungkin berbeza tapi tak kisahlah. Janji, kita sama-sama dapat berubah jadi orang yang lebih baik. Tidak di mata manusia, di mata Tuhan kita pun cukuplah. It's more than enough to be valuable in the eyes of our God, seriously. 

Jom cetuskan perubahan! Ayuh, kita keluar dari bumi terasing ni!

Peace yo!

07.25 pm

Bismillah

07.25 pm.
Ada panggilan hangat! Allahu akbar Allahu akbar!
Panggilan apa tu? Who might be calling at this hour?
Yup! It's Him! Our God!
Buat apa lagi tu? Log out FB, berhenti mencoret di blog, pause movie dan pergi amik wudhu'.
Kekasih memanggil.
Sudah sampai masa untuk date dengan-Nya.

Tinggalkan urusan dunia sekejap sebab
urusan akhirat perlu disetelkan dulu.

Jom solat!

Tak kenal maka tak ngam

Bismillah

Apa-apa yang kita buat, kita kena mula dengan bismillah, betul tak? Tak tahulah. Bagi haku, selagi kita ni orang beragama, tak kisahlah alim atau tak, kita kena akui bahawa ada Kuasa yang Maha Besar yang kontrol semuanya dekat atas sana tu. Dan semua yang terjadi, sedang terjadi atau bakal terjadi, semua bawah bidang kuasa DIA.

Jadi, haku mulakan perkenalan ni dengan 'bismillah' sebab haku orang beragama (Islam). Haku percaya Allah itu wujud dan haku sentiasa akui bahawa Allah tu Tuhan haku dan Muhammad adalah rasul-Nya. Tak tahulah kalau kao pulak kan. Tapi apapun, haku nak ucapkan salam perkenalan untuk kao.

Salam perkenalan dari haku, Tanda Tanya.

Kao ada pilihan, sama ada nak panggil haku Tanda Tanya atau Tanya atau T squared atau apa as long as ada kaitan dengan nama haku tu. Yang pasti, apa saja nama yang kao nak panggil haku, make sure yang kao tak mencarut dengan haku sebab haku paling tak suka orang mencarut dengan haku. Kalau kao nak mencarut, sini bukanlah tempat yang sesuai. Kao boleh cari blog orang lain yang allow kao untuk mencarut. Sekian.

Cuba kao tengok tagline blog haku yang panjang macam ular tu.

Hidup ni memang satu perjalanan yang sangat kelakar. Tapi kadang-kadang yang kelakar tulah yang buat kita menangis, bukan ketawa. Dan kadang-kadang jugak yang buat kita menangis tulah yang banyak mengajar kita untuk lebih menghargai kehidupan. Peace yo!

Ce baca elok-elok dan komen sikit. Sebagai langkah awal persahabatan kita, haku nak tahu sama ada kao agree ke tak dengan apa yang haku tulis dekat tagline haku ni dan apa pulak pendapat kao tentang 'kehidupan.' Setiap orang ada pandangan yang berbeza-beza. Apa je pandangan kao, aku raikan. Dan dalam dunia ni, terlalu banyak benda yang kita berkongsi. Udara, air, makanan, macam-macamlah... jadi takde salahnya kalau kita nak berkongsi pandangan.


Oh ya...


Since this is our first perkenalan, haku nak cite sikit-sikit pasal diri haku dekat kao. Jadi, bukak mata tu luas-luas sikit supaya kao nampak tulisan haku ni.


Again, nama haku Tanda Tanya. Tak payahlah kao sibuk-sibuk nak tahu haku ni siapa. Just bear in mind that haku pun makhluk Allah yang bernama manusia. Bukan jin, bukan pontianak, pocong pun bukan. Aku makhluk berakal, ada 5 set pancaindera yang lengkap dan satu set anggota badan yang sempurna. Boleh berdiri dan duduk macam kao jugak. Setakat ni, masih mampu menjadi manusia dan hamba-Nya. Alhamdulillah. Ni semua, Tuhan haku punya kerja. Tuhan kita, bukan Tuhan haku sorang. Tuhan kao jugak.


Haku suka menulis, menulis luahan rasa dan selalunya dalam bentuk puisi pendek yang bernilai sangat picisan. Hmm... bunyi macam poyo dan mungkin ada yang akan cakap haku ni mat jiwang atau minah terlalu ikut perasaan. Ahh, suka hati kaolah nak kata apa pasal haku, tapi yang pastinya hidup haku memang penuh dengan huruf sebab huruf-huruf tulah yang menceritakan segala-galanya tentang apa yang ada dalam minda haku dan hati haku. Ini cara haku. You don't have to copy me. Kao dengan cara kao dan haku dengan cara haku. Tuhan ciptakan kita semua sama dari segi luaran, tapi dalaman kita berbeza-beza bergantung kepada cara pembesaran dan didikan kita. Dan inilah haku.


Dan mesti kao tertanya-tanya... kenapa nama haku Tanda Tanya? Sebab... hidup aku ni memang penuh dengan tanda tanya dan setiap tanda tanya tu ada yang masih belum terjawab dan sampai sekarang haku masih mencari jawapannya tapi tak jumpa jumpa. Dan tak mustahil pada masa akan datang, beribu-ribu tanda tanya bakal masuk dalam hidup haku. Dan haku percaya, dengan berkongsi sikit-sikit pengalaman hidup haku dan apa yang haku rasa dengan kao, boleh sikit-sikit bagi resolution kepada semua tanda tanya dalam hidup haku ni. Sebab tulah haku perlukan bantuan dan support kao.


Oklah, bro. Haku rasa setakat ni jelah. Kalu kao nak tahu banyak lagi pasal haku, emel je haku: tandatanya05@gmail.com. Haku pasti layan emel kao. Pasti! Tapi, soalan-soalan peribadi takkan dilayan.


Peace yo!