Sunday 9 June 2013

Tak kenal maka tak ngam

Bismillah

Apa-apa yang kita buat, kita kena mula dengan bismillah, betul tak? Tak tahulah. Bagi haku, selagi kita ni orang beragama, tak kisahlah alim atau tak, kita kena akui bahawa ada Kuasa yang Maha Besar yang kontrol semuanya dekat atas sana tu. Dan semua yang terjadi, sedang terjadi atau bakal terjadi, semua bawah bidang kuasa DIA.

Jadi, haku mulakan perkenalan ni dengan 'bismillah' sebab haku orang beragama (Islam). Haku percaya Allah itu wujud dan haku sentiasa akui bahawa Allah tu Tuhan haku dan Muhammad adalah rasul-Nya. Tak tahulah kalau kao pulak kan. Tapi apapun, haku nak ucapkan salam perkenalan untuk kao.

Salam perkenalan dari haku, Tanda Tanya.

Kao ada pilihan, sama ada nak panggil haku Tanda Tanya atau Tanya atau T squared atau apa as long as ada kaitan dengan nama haku tu. Yang pasti, apa saja nama yang kao nak panggil haku, make sure yang kao tak mencarut dengan haku sebab haku paling tak suka orang mencarut dengan haku. Kalau kao nak mencarut, sini bukanlah tempat yang sesuai. Kao boleh cari blog orang lain yang allow kao untuk mencarut. Sekian.

Cuba kao tengok tagline blog haku yang panjang macam ular tu.

Hidup ni memang satu perjalanan yang sangat kelakar. Tapi kadang-kadang yang kelakar tulah yang buat kita menangis, bukan ketawa. Dan kadang-kadang jugak yang buat kita menangis tulah yang banyak mengajar kita untuk lebih menghargai kehidupan. Peace yo!

Ce baca elok-elok dan komen sikit. Sebagai langkah awal persahabatan kita, haku nak tahu sama ada kao agree ke tak dengan apa yang haku tulis dekat tagline haku ni dan apa pulak pendapat kao tentang 'kehidupan.' Setiap orang ada pandangan yang berbeza-beza. Apa je pandangan kao, aku raikan. Dan dalam dunia ni, terlalu banyak benda yang kita berkongsi. Udara, air, makanan, macam-macamlah... jadi takde salahnya kalau kita nak berkongsi pandangan.


Oh ya...


Since this is our first perkenalan, haku nak cite sikit-sikit pasal diri haku dekat kao. Jadi, bukak mata tu luas-luas sikit supaya kao nampak tulisan haku ni.


Again, nama haku Tanda Tanya. Tak payahlah kao sibuk-sibuk nak tahu haku ni siapa. Just bear in mind that haku pun makhluk Allah yang bernama manusia. Bukan jin, bukan pontianak, pocong pun bukan. Aku makhluk berakal, ada 5 set pancaindera yang lengkap dan satu set anggota badan yang sempurna. Boleh berdiri dan duduk macam kao jugak. Setakat ni, masih mampu menjadi manusia dan hamba-Nya. Alhamdulillah. Ni semua, Tuhan haku punya kerja. Tuhan kita, bukan Tuhan haku sorang. Tuhan kao jugak.


Haku suka menulis, menulis luahan rasa dan selalunya dalam bentuk puisi pendek yang bernilai sangat picisan. Hmm... bunyi macam poyo dan mungkin ada yang akan cakap haku ni mat jiwang atau minah terlalu ikut perasaan. Ahh, suka hati kaolah nak kata apa pasal haku, tapi yang pastinya hidup haku memang penuh dengan huruf sebab huruf-huruf tulah yang menceritakan segala-galanya tentang apa yang ada dalam minda haku dan hati haku. Ini cara haku. You don't have to copy me. Kao dengan cara kao dan haku dengan cara haku. Tuhan ciptakan kita semua sama dari segi luaran, tapi dalaman kita berbeza-beza bergantung kepada cara pembesaran dan didikan kita. Dan inilah haku.


Dan mesti kao tertanya-tanya... kenapa nama haku Tanda Tanya? Sebab... hidup aku ni memang penuh dengan tanda tanya dan setiap tanda tanya tu ada yang masih belum terjawab dan sampai sekarang haku masih mencari jawapannya tapi tak jumpa jumpa. Dan tak mustahil pada masa akan datang, beribu-ribu tanda tanya bakal masuk dalam hidup haku. Dan haku percaya, dengan berkongsi sikit-sikit pengalaman hidup haku dan apa yang haku rasa dengan kao, boleh sikit-sikit bagi resolution kepada semua tanda tanya dalam hidup haku ni. Sebab tulah haku perlukan bantuan dan support kao.


Oklah, bro. Haku rasa setakat ni jelah. Kalu kao nak tahu banyak lagi pasal haku, emel je haku: tandatanya05@gmail.com. Haku pasti layan emel kao. Pasti! Tapi, soalan-soalan peribadi takkan dilayan.


Peace yo!


No comments:

Post a Comment