Monday 10 June 2013

Cuti

Bismillah.

Alhamdulillah, sudah selamat sampai ke 'tanah air' terchenta dan kini sedang berada di teratak nan indah.
Balik-balik je, dah cari pasal dengan adik dan mak. Inilah kehidupan haku. Eh, silap. Dioranglah kehidupan haku. Bersama diorang, haku jadi lebih hidup. Haku yang sememangnya pendiam boleh jadi banyak bercakap bila bersama diorang.

Mak dan adik haku-rakan gadoh haku di rumah dan di mana-mana saja.

Bila pulang ke 'tanah air,' rasa macam takde apa yang berubah kecuali satu. Sunyi. Teratak terasa makin sunyi pulak. Bila sorang, sorang keluar dari teratak, apa je yang tinggal? Hanyalah cebisan-cebisan kenangan. Kadang-kadang terbayang-bayang jugak bayangan-bayangan orang-orang yang telah 'pergi' tu dan suara diorang masih terngiang-ngiang kot kat telinga ni. Gelak tawa diorang, fuhh! Masih segar dalam ingatan. Memori-memori bersama diorang memang takkan pernah luput dari ingatan. Cuma, bila teringat perubahan masing-masing, haku jadi semakin tawar hati untuk menerima diorang dalam hidup haku. Entahlah.

Hari ni, haku emo sikit. Sebab banyak hal. Sebab orang-orang yang poyo dan sebab kenangan silam.

Kao pernah tak rasa yang macam mana haku rasa? Ke haku sorang je yang rasa? Takdelah. Kalau kao rasa, sekurang-kurangnya haku adalah jugak teman untuk berkongsi rasa.

Dalam hidup haku, haku sangat tak boleh terima kawan sendiri sampai tak nak jumpa haku hanya disebabkan dia ada masalah dengan orang lain. Kecewa seyh! Sedih lagi upset, dan bengang dan sebagainyalah! Hanya sebab dia ada masalah dengan orang lain, sampai dengan haku-haku sekali dia nak tunjukkan emosi dia. Haku takdelah sampai benci dekat dia, cuma haku terasa. Terasa sangat! Sedih sampai menangis-nangis haku sebab kawan baik sendiri buat haku macam tu. Haiii.... hampeh betul hidup ni, kan? Tapi tulah. Suka atau tak, nak tak nak, itulah hakikat yang haku harus telan sampai ke dalam usus tapi entah dapat hadam ke tak.

Dahlah! Haku tak nak cite pasal ni lagi. Haku cuba untuk bersangka baik jelah. Dengan kawan sendiri, beb! Haku ni dahlah jenis tak reti berdendam dengan orang dan tak reti nak benci orang lama-lama. Ini kelebihan, tapi kadang-kadang boleh jadi kelemahan jugak sebab orang senang amik kesempatan. Tapi, lantaklah. Yang penting, Tuhan haku dan mak haku lebih kenal Tanda Tanya ni macam mana orangnya. Apa orang lain nak pikir, ada haku kesah???

Cuti ni, buat masa sekarang aktiviti haku hanya meronggeng-ronggeng. Nak rehat cukup-cukup. Penat studi. Balik rumah je, rasa macam nak pengsan tengok bilik sendiri. Macam ni rupanya bilik anak bujang! Bersepah gile! Selagi tak kahwin, macam nilah agaknya bilik haku. Dah kahwin, dah tak perlu risau dah. At least, ada jugak orang yang boleh tolong kemas-kemaskan tapi haku pun tolong sekalilah. Taknaklah orang yang kita sayang penat sorang-sorang. Haku ni ada hati perut lagi tau.

Tapi, meronggeng, meronggeng jugak. Untuk tak membuang masa, haku cari jugaklah keje. Sekurang-kurangnya dapat tolong kurangkan beban mak haku nak kena cari nafkhah  untu keluarga. Dan alhamdulillah, nak kata baiknya Tuhan tu, Dia dah bagi haku keje. Keje bese-bese je. Keje dekat sekolah sendiri. Esok nak pergi jumpa big boss untuk bincang tentang kerja dan soal gaji. Kalau gaji dia up sampai RM 1000++, haku terima. Kalau tak, terima kaseh jelah! Haku pun, nak cari rezeki dan rasanya bila kita ada ijazah, kita ada hak untuk mintak gaji kita diupkan. Bukan tamak haloba, tapi dah jadi satu keperluan sebab haku masih ada adik-adik yang belajar dan diorang pun perlukan duit untuk sambung belajar. Nak harapkan biasiswa, belum tentu dapat. Nak harapkan PTPTN, haram! Nanti nak bayar, terseksa. Seboleh-bolehnya tak nak adik-adik pun terpaksa berhutang untuk menambah ilmu di dada.

Haku harap, esok nanti, semuanya berjalan dengan lancar.
Kao pun doakanlah! By the way, apa cite kao hari ni? Harap semuanya baik-baik saja.
Kalau ada masalah, jangan risau! TUAN kaunselor available 24 jam sehari. DIA tak pernah tido pun. Kao mengadu jelah dekat DIA. DIA Maha Mendengar.

Ok. Tu je contengan untuk hari ni.
Peace yo!

No comments:

Post a Comment