Tuesday 11 June 2013

Value

Bismillah.

Macam mana kao value friendship? 
Bagi haku, friendship is about you being yourself and accepting others just the way they are.

Random.

Friendship ada nilai yang sangat besar dalam hidup haku.
Kadang-kadang terasa macam haku lagi sayang kawan-kawan haku berbanding famili haku,
sebab kawan-kawan haku selalu ada untuk haku dan selalu buat haku ketawa berdekah-dekah.
Patutnya, famili adalah orang yang tak pernah tinggalkan kita, kan?
Tapi dalam kondisi haku, terbalik pulak.
Famili haku pegang pada prinsip, "Ada aku kesah? Hal ko, hal kolah! Hal aku, hal akulah!"

Sadis.

Bak kata Hlovate dalam buku dia, Rooftop Rant,

There're times when strangers are like family and family are like strangers. 
Reality bites and truth hurts.

... dan sememangnya ni yang haku rasa sekarang. Famili yang sepatutnya ada nilai yang lebih tinggi daripada friendship dalam hidup kita dah berpaling arah dari kita sendiri. Sapa tak kecewa beb! Haku sayang famili haku, tapi diorang sayang ke tak dengan haku, haku sendiri ragu. Sebab... hal haku pun diorang tak pernah nak amik tau. Bila depa happy, depa happy sesama depa ja! Ada depa nak ajak haku tumpang sekaki, selengan, sebadan? Takdak! Kecewa gua beb!

Tulah nak katanya kat sini yang sadly to say, nilai mereka dalam hidup haku sudah semakin pudar sepudar rasa sayang haku kat diorang.

Dan pulak sekarang haku tengah dalam krisis dengan kawan haku, pun sama jugak. Value dalam friendship kitorang tiba-tiba pudar sama. Apa nak jadi dengan dunia! Mana pergi nilai kasih sayang sesama manusia???

Betullah. Tuhan lebih mengerti. Manusia hanya tahu memungkiri janji.
Kat rumah haku sunyi. Kat luar haku lagi sunyi.
Naseb baeklah masih ada DIA yang menemani. Kalau tak, haku tak nampak hala tuju hidup haku ke mana lepas ni.

Mohon doa supaya haku terus bertabah.
Peace yo!

No comments:

Post a Comment